Oficially KMPk's Student

Assalamualaikum.

Sekarang ni saya duduk dalam bilik sorang diri di Kolej Matrikulasi Perak.  Entahlah nak buat apa.  Saya ingat lepas dah siap taip entri ni,  saya nak susun borang-borang yang diperlukan.  Peningnya nak susun.  Rasa macam ada benda je yang tertinggal.  Apa ya?  Berdebar la.  Takut ada yang tertinggal dan tak teringat.  Payah saya nanti.  Dahlah keluarga jauh...  Humm... 

Hari ini...  Buat kali pertamanya dalam hidup saya.  Saya melangkah ke hostel. Saya rasa macam...  What???  Speechless gitu.  Haha!  Saya sebenarnya tak adalah sedih sebab kena duduk hostel. Saya dah lama bersedia mental dan fizikal untuk saat ini. Tapi,  mak saya menangis masa peluk saya sebelum balik satu jam yang lalu.  Rasa tergugat hati.

Okay la...  Tu je kot.  Saya pun dah tak tahu nak taip apa.  Sedang tunggu kawan saya,  Izati datang ke bilik saya...

Entri Pertama Di Bulan Mei

Assalamualaikum.

Rasanya masih belum terlambat untuk saya mengucapkan 'Selamat Menjalani Ibadah Puasa' walaupun hari ini dah masuk 3 Ramadhan kan??? Humm...! Lamanya saya tak update blog kan? Sorry ya? Banyak sangat aral yang melintang masa nak update blog ni. Idea ada tapi macam-macam hal pula yang timbul. Entri last saya pada 16 April 2017. Cuba kira berapa lama dah tak update? Lama kan? Haha! So, hari ini saya ada peluang, jadi saya nak update banyak-banyak. Muahaha! *Saya cuba mengigati kembali apa yang berlaku pada bulan Mei.*

1) Blue Sky Tag

Pertama sekali, saya nak minta maaf daripada Miss Asyikin sebab tak beri respon yang segera kepada entri beliau. Bukan sengaja tapi saya memang tak boleh sebab laptop rosak.  T  T  . Maafkan saya, ya? Tambahan lagi, saya rasa macam dah terlambat la untuk beri respon kepada entri Miss Asyikin yang bertajuk: Blue Sky Tag #2 From Eyqin.

Ke tak terlambat lagi? Kalau tak terlambat, saya akan taip kejap lagi. Huhu. By the way, thanks sebab sudi tag saya... 

2) Kolej Matrikulasi

Bila teringat balik, rasa macam lawak pun ada. Apalah saya ni kan? Dasar anak sulung yang manja! Huh! Saya dapat tawaran untuk sambung belajar di Kolej Matrikulasi Perak. Alahai, jauhnya! Masa dapat tahu tu..., saya terus call ayah. Ayah pun terkejut juga sebab saya dapat kat Perak. Lastly, dia cakap macam ni: "Dah nak belajar kan? Kenalah pergi". Haha! Hari tu, siap mengadu lagi kat adik saya yang bongsu yang umurnya lapan tahun tu... "Macam mana ni dik? Kakak kena pergi belajar kat Perak!" Tak masuk dek akal langsung bila anak sulung pergi mengadu kat anak bongsu. Apa nak jadilah saya ni kan? Manja terlebih daripada adik pula. Sebenarnya, saya tak minta pun Matrikulasi Perak. Masa isi borang secara online hari tu, tiga pilihan dia bagi kat kita untuk memilih Kolej Matrikulasi mana yang kita mahu. So, pilihan saya adalah Kolej Matrikulasi Kelantan, Kolej Matrikulasi Pahang dan Kolej Matrikulasi Perlis. Tapi, rezeki di Kolej Matrikulasi Perak pula. Kawan saya pun ramai yang dapat Kolej Matrikulasi yang bukan diminta. Entahlah kenapa boleh jadi macam ni. But, it's okay... Dapatlah saya berdikari secara total... Waa!!! First time masuk hostel ni... Rasa macam berdebar plus takut pula. Homesick teruk lah kali ni. Dahlah kena daftar 5 Jun 2017 bersamaan 10 Ramadhan. I'll miss my family so much after this...

3) UPU

Dengan keputusan SPM saya yang tak berapa baik tu..., saya masih dapat lagi tawaran untuk masuk ke universiti? Rasa macam tak percaya pula. Hihi. Saya dapat tawaran untuk sambung belajar peringkat Diploma di UiTM Bertam dalam kos "Kesihatan Persekitaran". Tapi, saya tak pergi pun... Sebabnya... Haa!!! Bersambung di nombor empat... Dah ramai kawan saya yang dah sambung belajar di universiti tu. Dua orang kawan baik saya iaitu Ain dan Jannah pun dah masuk universiti pun... Tahniah, sahabat! Selamat maju jaya! Saya doakan semoga awak berdua mencapai cita dan impian masing-masing. Jaga diri baik-baik, tahu? Bila difikirkan balik, rasa macam tak percaya pun ada! Baru tujuh bulan lepas kitaorang bercakap pasal universiti. Berkongsi maklumat pasal universiti dan universiti pilihan di hati... Belum setahun lagi dan awak berdua sudah masuk universiti? Cuma saya je yang masih di rumah, menaip entri di pagi hari ketika ini... Best ke belajar kat universiti??? Curious!!! Hope that I can study at university next year...

4) IPG

Ayah saya minta saya pertimbangkan untuk masuk ke Matrikulasi atau sambung Diploma. Dilema teruk saya masa tu... Pagi! Dalam pukul 10 macam tu... Ayah call... Suruh saya Google pasal kos yang saya dapat kat UiTM tu. Dia takut saya menyesal. Sambil menangis saya Google. Well, masa tu hati saya dah 90 peratus tak nak sebab saya tak minat kos tu... Namun, saya tetap berasa tersepit antara harapan ayah saya dan harapan saya, Seharian fikir sampai sakit kepala. Ada kawan saya tu pula, masa saya beritahu dia saya sedih sebab ayah saya suruh saya sambung diploma, boleh pula dia tanya saya nak masuk tak IPG... Haha! 

Ternyata, IPG yang menyelamatkan saya daripada memilih diploma. Kebetulan, tarikh daftar UiTM sama dengan Interview IPG. Bersyukur saya masa tu sebab tak perlu pergi Pulau Pinang . Now, saya nak cerita pasal Pengalaman Saya Interview di IPG Pengkalan Chepa. Yang atas tu mukaddimah je ya? Kuakuakua!

Untuk IPG, orang yang paling bersemangat adalah ayah saya. Saya? Boleh pun tak apa, tak boleh pun tak ada masalah sebab saya sangat-sangat rela untuk berjuang di matrikulasi. Oh, yeah!!! Saya dapat Interview IPG dalam bidang Pendidikan Islam. Means that, kalau dapat IPG yang akan diumumkan bulan Julai ni, jadi ustazah lah saya lima tahun lagi... Awak tahu? Kalau saya dapat IPG, secara automatik, saya perlu berhenti belajar di matrik. Saya tiada pilihan! Itu keputusan ayah! Terpaksalah saya melupakan hasrat untuk menjadi pensyarah sains komputer atau bio-chemi. Humm!!! Harap-haraplah saya dapat belajar di matrik sampai habis. Semoga saya redha kalau dapat IPG.

Sungguh tak disangka saya lulus Ujian Kecergasan Fizikal (UKF) hari tu. Macam berbaloi pula petang-petang pergi jogging di Taman Tengku Anis hari tu. Betul-betul tak sangka! Mak saya sampai menitiskan air mata. Ni yang lemah ni! Huhu!

Kalau someone tanya saya macam mana interview IPG tu... jawapan saya adalah: "Payah weh!!!" Entah apa yang saya jawab hari tu iaitu 22 Mei yang lalu... Majoriti, group 1 sekali dengan saya tu berumur 19 tahun. Ada seorang akak ni... Dia dah tahun ketiga di UNISZA. Dah exam akhir dah. Ada yang ambil STAM... Diaorang hebat la...! Tak terlawan diri ini. Humm!!!

5) Kelas Mejahit

23 Mei 2017. Saya terpaksa berhenti kelas menjahir pada tarikh itu. Kelas menjahit saya berakhir dengan jamuan menyambut ketibaan Ramadhan. Terpaksalah berhenti sebab nak sambung belajar kan? Jubah adalah pakaian terakhir yang saya jahit untuk kelas ni. Tak apalah! Masa depan nanti, saya sambung balik la...

Sekian!

P/s: Terima kasih sebab sudi blogwalking dan follow saya ya? Insyaallah saya balas balik nanti   :)

Coretan kasih,

-Eva Liana-

Tutorial 36: Letak Cute Smiley Dalam CBOX

Assalamualaikum.

Dah lama tak update. Kenapa? Sebab tak ada idea nak update apa. Life saya sekarang dalam mood bored. Setiap hari hobinya bertukar media social. Lepas Facebook, Instagram. Lepas Instagram, Twitter. Haa... Tu je lah kerja saya seminggu ni. Blog hari-hari buka. Nak update je yang malas. Manuskrip pula, 'tergantung tak bertali' macam tu. Sejak bulan tiga lagi tersekat kat BAB 3. BAB 3 ok? Bukannya BAB 13. Kalau macam ni, tak capai target nak jadi 'Cik Novelis' pada tahun 2017. Tak gapai impian nak keluarkan novel bersama Encik HH. Encik HH pula tak balas lagi message saya kat FB. Agaknya dia tak perasan. Haih! Abaikan perenggan ni. Awal-awal lagi dah keluar topik.

Saya percaya ramai yang dah tahu cara nak letak cute smiley dalam CBOX kan? Saja-saja je buat tutorial ni. Untuk diri saya juga. Mana tahu satu hari nanti saya lupa. Bolehlah rujuk balik tutorial sendiri. Untuk pengetahuan, cute smiley di CBOX saya sekarang ni, saya cari kat sini. Saya suka sangat web ni. Comel je... Jom mulakan. Firstly, pastikan awak dah ada log in akaun CBOX ya?


1) Options  >>  Emoticons


2) Keluar macam gambar kat bawah ni kan??? Kalau awak nak delete semua dengan cara tekan simbol pangkah di setiap hujung kotak then masukkan LINK / URL selepasnya pun boleh. Kalau saya, saya just delete URL dalam kotak tu then paste LINK yang dicopy. Tujuan saya buat macam tu supaya tak adalah saya termenung sangat nak letak emoticon yang macam mana. Err... Pandai-pandailah ya?

Berniaga Online? Patutkah Saya?

Assalamualaikum.

Ketika entri ini ditaip, saya masih lagi berkira-kira untuk publish or save to draft. Kenapa? Sebab saya ragu-ragu dengan keputusan, penerimaan keluarga dan mungkin pembaca. Idea ni sebenarnya dah lama menghuni fikiran saya. Sebelum peperiksaan SPM lagi. Kawan-kawan saya yang lain dah pun memulakan rentak. Dah hampir empat bulan, mungkin. Saya? Masih lagi dalam keadaan seperti ini. Berkira-kira mahu memulakan atau menangguhkan.

Tapi, bila lihat kawan-kawan berniaga kat Facebook dan Instagram, saya rasa macam saya pun patut mulakan. Cuma, fikiran saya berselirat dengan masalah yang mungkin akan saya hadapi pada masa hadapan.

1) Sambutan terhadap barang yang akan saya jual. 

Di sini, saya ingin beritahu yang saya nak jual brooch. Brooch yang saya buat sendiri. Hand made? Ya! Lebih kurang macam tu. Saya bimbang tak akan dapat sambutan yang mengalakkan sebab saya tak ada tengok pun orang lain jual brooch yang macam saya ni. Tak tahulah takut saya yang terlepas pandang. Kan???

2) Siapa yang mahu beli?

Bila ada penjual, mesti ada pembeli kan? Sasaran jualan saya adalah kepada golongan wanita. Budak-budak yang macam saya dan mungkin wanita 20-30 tahun. *Arghh! Saya sedang mengarut apa sekarang ni?* Tapi, akan adakah orang yang mahu beli?

Pengalaman Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG)

Assalamualaikum.

Saya sangat penat dan lapar saat menulis entri ini. Tapi, saya tak dapat nak makan sekarang ni sebab saya rasa saya tak boleh nak telan. So, saya biarkan saja perut ni berbunyi.

Jadi, hari ini! Satu lagi pengalaman bermakna yang akan saya hargai seumur hidup. Buat mereka yang akan menduduki ujian ini pada tahun ini... Mungkin entri ni berguna buat awak. Sebelum tu, saya ingin mengucapkan 'Good Luck' kepada kawan-kawan saya yang bakal menduduki ujian ini. Terutama sekali buat Ain dan Jannah.

Just drop to the topic. Saya sampai di IPG Kota Bharu pada jam 7:30 pagi. Lepas tu, pergi sign kertas yang ditampal di signboard. Satu lagi kertas tertampal di hadapan dewan. Masuk je dewan, pergi cari nombor meja yang dah tertera pada kertas tu. Ujian bertulis tu selama 45 minit. Haha. Masa jawab exam tu, sempat lagi saya ketawa. Dalam hati je la... Yang saya ingat dia tanya sama ada betul atau tidak kalau pokok rumah jiran tu terkulai then kita pergi cantas. Saya jawab tak betul sambil cakap kat diri saya... "Hak orang! Mana boleh kacau." Haha. Apa yang pasti, masa tambahan tak akan diberikan kalau kita tak sempat jawab. Alhamdulillah, saya sempat jawab semua soalan dalam masa 45 minit tu. Lepas je habis exam tu, dia tayang video pasal Ujian Kecergasan Fizikal (UKF) pula. Ada lima semuanya.

Bila Ada Yang Mengharap

Assalamualaikum.

Sekali lagi baru balik dari Taman Tengku Anis (TTA). Entahlah berapa pusingan hari ni. Saya makin gelisah bila tahu Ujian Kecergasan Fizikal (UKF) tu macam mana. Apa yang saya tahu the killer test is BLEEP. Yes! Agree with that. Tadi pun masih mengah lagi. Muka merah menyala. *Adik saya cakap macam tu*

Dah dapat rasa dah ni yang saya tak boleh lepas. Saya rasa saya hanya akan mampu mencapai Level 1 je untuk bleep ni. Barulah saya nampak derita orang yang kurang stamina macam saya. Maknanya, saya hanya akan mampu bertahan berlari ulang-alik sebanyak 140m. Itupun kalau saya mampu. 

Bleep satu hal. Satu lagi adalah bangkit tubi or in english we call it 'sit up'. Masa segak tahun lepas pun saya tak mampu buat sit up ni. Don't know why. Maybe sebab otot perut tak kuat kot... Haha...

Last sekali, saya agak saya tak mampu buat tekan tubi tanpa henti or nonstop. Boleh buat perlahan-lahan. Cuma risau lepas tiga kali dah tak mampu bangun. Dah la kena buat 30 kali. Mahu mati saya di situ. Susahnya nak jadi cikgu.

Yang lain rasanya saya ok. Jangkauan melunjur rasanya boleh. Dulu, masa masuk latihan taekwondo, kalau tak buat jangkauan melunjur dan split memang tak sah. Kan nak kick tinggi-tinggi... Tapi, sekarang ni, untuk split, kaki saya dah jadi 90 darjah balik. Tu lah siapa yang tak suruh buat split tu. Sekarang dah rasa menyesal.

Mampukah Saya?

Assalamualaikum.

Baru balik dari Taman Tengku Anis (TTA). Tak penat walaupun saya dah berlari tiga pusingan. Tetapi, saya berdebar dan gelisah. Kenapa? Sebab hari Selasa, 11 April 2017 ni saya kena pergi IPG. Ramai yang cakap kat saya mula-mula sekali ujian kecergasan akan dijalankan. Saya rasa macam kecewa... Saya tahu saya tak mampu. Memang kita kena stay positive. Tetapi, saya betul-betul rasa yang saya tak mampu sebab di sekolah pun saya tergolong dalam pelajar yang kurang aktif dalam sukan. 

Dulu, saya memang ada masuk taekwondo. Masa saya form 4 saya sangat aktif (boleh dianggap begitu). Saya pernah dapat pingat gangsa untuk acara sparring. Masa tu saya rasa badan saya fit walaupun pernah sekali pengsan. Pengsan sebab masa tu buat latihan dalam bulan Ramadhan. Mungkin sebab saya kurang minum air masa sahur.

Berakhirnya Alam Persekolahan

Assalamualaikum!

Seperti yang pernah saya janjikan dalam entri 'Sad Ending For My School Experience' hari tu. Hari ini dan di sini... Saya ingin merakamkan segala yang terlintas di fikiran tentang alam persekolahan saya yang dengan rasminya berakhir semalam: 06042017. Sebelum tu, saya nak kongsi gambar yang diambil masa Majlis Graduasi Kali Ke-7 di sekolah saya pagi semalam. Bangga betul dapat pakai jubah purple tu. Terasa diri ni pelajar universiti walaupun saya belum masuk mana-mana universiti lagi.





Majlis ni berlangsung dengan penuh gemilangnya di Dewan Jubli Perak. I'm so happy because I can meet my friends. Lama dah tak jumpa diaorang since habis sekolah ni. Tambahan lagi, masa ambil result SPM kan saya tak pergi sekolah.